ISLAMIC PROJECT LIST SERVICES PROFILE TUTORIAL CHAT ROOM BUSSINES GROUP COMMUNITY SERVICE


Selasa, 13 Januari 2009

MENGAPA BLOG?

Mengapa perlu anda mempunyai blog anda sendiri dan mengapa harus memilih blog sebagai media perantara?.
sebelum merungkai lebih dalam persoalan tersebut, adalah lebih baik jika anda mengenali dulu asas dan konsep blog itu sendiri.

APA ITU BLOG ?
Blog bolehlah ditafsirkan sebagai jornal peribadi ataupun Diari yang kerapkali dikemaskini, ia adalah satu platform untuk melahirkan expresi diri, berkongsi pandangan, informasi dan minat, ia juga adalah platform paling berkesan untuk meluaskan perniagaan anda dan terbukti member kesan besar pada masyarakat, ini telah dibuktikan pada PRU ke 12 yang lalu. 
Blog secara mudahnya bolehlah dianggap sebagai Laman web anda sendiri. 

TERMINOLOGI
Tahukah anda, terdapat beberapa terminologi mengenai penglibatan anda dalam dunia blog ini, ini adalah untuk mengkhusus dan membezakan term-term tersebut.. antaranya ialah.

Blog – Jornal peribadi atau diari yang disimpan dan dikongsi di internet 
Blogger – Individu yang terlibat dalam dunia blog
Blogging – Menulis post di blog

Pada awalnya blogger mengunakan kemudahan ini hanya untuk mengemas kini aktiviti harian dan jornal harian. Namun lama kelamaan ia menjadi medan untuk berkongsi minat, meluaskan perniagaan malah menjadi medan ideologi politik. Dan kini ia semakin berkembang tanpa ada hadnya.

SIAPA BLOGGER?
Blogger adalah individu yang berani untuk berkongsi cetusan minda dan aktiviti harian di internet, dan mereka adalah individu seperti anda, dan bila mereka telah memahami dengan lebih mendalam aspek-aspek teknikal dalam membuat posting, blogging kini menjadi satu hobi dan telah memasuki kemuncaknya. Setiap hari jutaan orang mula menjadikan blog sebagai sesuatu yang harus untuk mereka. Blog kini menjadi salah satu pilihan ramai ahli perniagaan, ahli politik, aktivis masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan ternama untuk menyampaikan informasi kepada pemlayar internet.

KENAPA MENJADI BLOGGER?
Jika itu persoalan anda, saya percaya jawapannya ialah asasnya bahawa setiap individu mempunyai suara hati yang ingin disampaikan dan berharap luahan mereka didengar oleh individu lain.Internet adalah medium tanpa sempadan. Dan menjadi seorang blogger adalah peluang untuk mendekati ratusan malah ribuan individu lain setiap hari.
Mungkin bagi individu seperti saya dan anda, Blog adalah landasan untuk berkongsi pandangan , minat dan aktiviti harian.ia mengambarkan ekpresi diri anda, minat dan komuniti anda. Ia juga bolehlah dianggap sebagai hobi yang membina.


Menjadi Blogger juga adalah satu peluang yang tidak harus dilepaskan oleh mana-mana ahli perniagaan, blog terbukti mampu menjadi platform terbaik untuk meluaskan pasaran produk dan perkhidmatan. Bayangkan dengan blog anda mampu meningkatkan jualan dan melebarkan empayar perniagaan anda tanpa hadnya.


Dan implikasi blog pada PRU Malaysia yang ke12 amat kuat sekali bila blog dijadikan landasan kukuh untuk ahli-ahli politik memain kan peranan mereka memujuk pengundi. Dan kemampuan blog ini untuk meyebar maklumat dan informasi kepada umum tidak perlu dipersoalkan lagi.

Anda telah membaca dan memahami serba sedikit mengenai blog, ia medium terbaik dalam penyebaran maklumat, mudah untuk dikemaskini berbanding laman web, tidak memerlukan kemahiran yang tinggi, dan yang lebih penting ia terbukti mampu memberi impak besar kepada pelayar internet lain.
Tidak kira siapa pun anda. Blog kini adalah satu kemestian. Dan sanggupkah anda melepakan peluang untuk berada di barisan hadapan penyampai maklumat. Kerana dengan blog, “suara anda didengari”.


 
BLOG POWERED BY iblogger78 |  SpArK78 Media Interactive